Terkini daripada Ratu

Melangkah masuk ke galeri selendang dan skaf Ratu, hati akan teruja dengan ratusan pilihan kain-kain polos dan berwarna warni yang bergantungan serta dipamerkan di patung hiasan.Cantik dan bergaya. Lembut dan ceria. Elegan dan menarik. Semuanya indah dan tepat dengan gelaran yang diberi, Ratu.

Keindahan fabrik itu ditambah pula dengan dekorasi yang menghiasi galeri, sememangnya ia sesuai untuk kaum Hawa memilih satu demi satu tudung dan busana pilihan tanpa rasa kekok dan dalam keadaan selesa.

Ratu menawarkan pusat sehenti bagi barangan hiasan diri dan fesyen muslimah dari pilihan busana, tudung, skaf dan selendang dari pelbagai jenis rekaan dan fabrik berkualiti tinggi.

Koleksi tudung Ratu juga sememangnya dihadkan dalam nuansa eksklusif dengan hanya 20 helai bagi setiap satu rekaan. Oleh kerana butik Ratu tidak pernah mengulangi cetakan atau rekaannya, ia memberi nilai tersendiri kepada si pembeli untuk mengelak pemakaian fabrik atau rekaan yang sama.

Lakaran menarik bukan hanya pada corak atau bunga-bungaan yang ditampilkan bahkan batu Swarovski diperincikan penuh teliti untuk memuaskan hati penggemarnya. Untuk itu, reka coraknya sentiasa berubah bagi memenuhi cita rasa semasa.